This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

kelebihan dan kekurangan

Salam..
Apa nak cerita hari ini erk?????Haa...semalam abang syafiq ada telefon iza(abang syafiq ni iza kenal kat ym) dia kata jadi perempuan ni untung sebab senang masuk syurga. Tapikan dalam neraka penghuni perempuan lebih ramai daripada lelaki, kenapa?? sebab perempuan ada kelemahan yang boleh "dirobohkan" oleh bisikan syaitan. Almaklum la perempuan ada 9 nafsu lelaki pula ada 1 je nafsu jadi perempuan lebih mudah tergoda dan menggoda..huhuhu. Tetapi semua ini adalah kejadian yang dicipta oleh Allah dan Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu sia kerana yang baik itu semua daripada Allah.

Sebab itu bile abang syafiq kate perempuan mudah masuk syurga iza jawab je la sebab Allah itu maha adil. Setiap yang lebih ade yang kurang begitu juga yang sebaliknya. Allah anugerahakan 9 akal kepada lelaki untuk mereka lebih berfikir dalam semua hal. Lelaki juga lebih sabar, rasional dan bijak. Daripada segi fizikal pun lelaki mempunyai fizikal yang kuat jikalau hendak dibandingkan dengan perempuan. Jadi Allah tidak akan memberi dugaan yang diluar kemampuan seorang hamba itu. Oleh itu, lelaki lebih diberi tanggungjawab dalam menjaga perempuan sebab perempuan adalah manusia yang lemah dan memerlukan lelaki sebagai pelindung. Sebab itu juga lelaki sukar hendak masuk syurga kerana banyak tangan yang akan menarik seseorang lelaki itu sekiranya dia melupakan tanggungjawabnya.

Dengan ini iza percaya sekiranya kita menjalankan tanggungjawab pada Allah dan manusia insyaallah kita mampu dekatkan diri kepada pencipta...tak berani lak iza nak cakap yang kita dapat masuk syurga sebab yang menilai segalanya adalah Allah jadi sebagai hamba kita hanya mampu berdoa agak kita tetap dijalanya dan dipermudahakan perjalan hidup kita agak diakhir sana kita mampu memilih syurga Allah. Jadi hari-hari kene berdoa la untuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, orang yang tersayang dan semua umat islam.

p/s:aku percaya Allah tidak akan melupakan hamba yang sentiasa mengigatinya kerana Allah suka pada hamba yang meminta dan mengharap padaNya kerana segalanya adalah kerana Allah ^_^
0 comments