This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

new semester

Assalamualaikum!!

Dah masuk semester baru beb..huhu..perasaan????biasa2 je...tp seronk jumpa kwn2..bdk2 umah, kwn kuliah, adik2 junior. Sekarang dah semester 5..dah memang senior la tapi bukan la super senior masih ada yang senior lagi.

Semester lepas dan cuti 4 bulan ini banyak mengajar aku tentang hidup dan macam mana aku perlu corak kehidupan aku. Aku tidak nafikan aku perlukan kawan, bagi aku mereka tempat aku mengadu tapi bukan bermakna mereka perlu sentiasa di sisi aku kerana mereka di hati. Bukan ke ada orang cakap kita perlu menerima orang seadanya baru lah orang akan menerima kita seadanya. Perkara ini yang aku belajar, aku perlu menerima semua jenis kawan aku dan tak nak merungut lagi..hehehe..insyaallah.

Aku mahu hidup berdikari dan perlu hidup berdikari sebab apa yang berlaku pada diri aku adalah disebabkan oleh aku sendiri. Jadi aku perlu lebih kuat dan pandang ke hadapan dan ingat bukan semua orang boleh tolong kita kalau bukan diri kita yang tolong diri sendiri. Oleh itu, aku perlu menjalani kehidupan aku dengan seronok bak kata Hajah Ir. Ashah kehidupan ini akan jadi sedih lau kita yang tidak tahu menghargainya.

Oleh itu, aku akan buat apa saja yang baik untuk aku dan mempedulikan kritikan yang menjatuhkan aku dan sentiasa meminta pandangan mak dan abah seterusnya melangkah dengan yakin ke depan kerana aku tahu setiap orang telah ditentukan takdirnya. Jadi aku perlukan Allah, agar aku tidak terpesong dari jalannya dalam mengejar sebuah kebahagian. Jadi senyum lah anda kerana senyum itu pengubat segala kepahitan. ^_^ <3

1 comments

Macam2 cerita

Assalamualaikum


Lama dah tak menulis pada blog ini, buka pun dah jarang. Bukan apa, dekat rumah guna “broadband” berbayar tapi nanti bila balik upsi “free”..huhuhu


Tetapi hari ini rasa nak menulis pulak. Macam- macam perasaan ada sekarang ini, seronok, sedih, kecewe dan yang paling penting dalam hati ad ataman..hahaha


Eh, lupa pulak nak ucap selamat hari raya adilfitri..maaf zahir dan batin semoga ukhuwah yang terbina akan kekal sepnjang hayat. Kalau nak cerita pasal raya tahun ini, macam-macam ada..tapi yang paling best, aku belajar buat kuih, kemas rumah, pasang tikar, langsir..seronok!!! benda yang jarang aku buat pada raya tahun- tahun lepas..mana taknya, balik- balik rumah saja dah raya tapi tahun nei sepanjang puasa aku kat rumah sampailah hari raya..Walaupun ada jugak rindu dengan kawan- kawan buka puasa sama tapi tak apa lah nanti kitorang boleh puasa sunat sama- sama dan buka puasa sama- sama tetapi yang paling penting tahun ini aku dapat luangkan masa dengan keluarga aku.













Tetapi ada kisah sedih jugak raya tahun ini..aku dilupakan kawan- kawan..kadang-kadang aku terfikir jugak, aku ini ada kawan ke????Agaknya betul kata Wan Mokhtar..walaupun dia bergurau tapi bila fikir balik ada kebenarannya..tahun ini kawan- kawan aku tak datang pun rumah aku..kalau diorang sibuk boleh la dimaafkan ini ada ke dah berkumpul kat triang 3(kampung aku la ni) tapi tak datang rumah aku..sedih sangat alasannya ikut drive pastu drivenya budak kelas aku gak…rasa tak patut tapi aku pun tak pergi rumah diorang..huhuhu..jadi fair la..tak apa lah nanti bila aku dah ada kerete, semua rumah member aku pergi tapikan segan lak kalau pergi sorang jadi korang kena tunggu aku kawen la pulak baru boleh beraya bertemankan hubby aku pergi rumah korang..hahahahahah (cita- cita tinggi ni)


Ok, sekarang nak cerita pasal kawan aku yang baru saja melangsungkan perkhawinannya pada hari ini..waaaaaa…ni la kawan aku sejak dari kecil yang la dia pun tinggal selang sebuah saja daripada rumah aku, jadi memang daripada kecik aku akan berjalan pergi rumah dia, bermain bersama dan sekarang dia main dengan hubby dia pulak la..huhuhu…nama dia Siti Khatijah Abu bakar.. pas khawin ni dia akan duduk dengan hubby dia dekat johor…aku mendoakan mereka bahagia dan aku tumpag bahagia dengan kebahagian mereka..(boleh tumpang- tumpang ke???..layan je la) tak sabar nak tunggu anak daripada diorang..huhuhu
Aku pulak akan sambung semester pada 12 haribulan 9 jadi lagi seminggu saja nak masuk balik..perasaan???sangat takut sebenarnya..mana tidaknya kepala dah penuh dengan game dan cerita tv..huhuhu…Aku amat berharap sangat aku akan tenang pada semester akan datang ini..hati aku tenang, iman aku kuat sebab sekarang aku nak tumpukan perhatian aku pada pelajaran aku..tak nak lah main-main dah sebab sakit sangat hati ini..mungkin belum tiba masanya..aku berdoa kebahagian yang akan aku kecapi adalah kebahagian milik semua orang sebab aku tak nak aku bahagia orang lain kecewe jadi “peace no war” huhuhu

1 comments