This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

new semester

Assalamualaikum!!

Dah masuk semester baru beb..huhu..perasaan????biasa2 je...tp seronk jumpa kwn2..bdk2 umah, kwn kuliah, adik2 junior. Sekarang dah semester 5..dah memang senior la tapi bukan la super senior masih ada yang senior lagi.

Semester lepas dan cuti 4 bulan ini banyak mengajar aku tentang hidup dan macam mana aku perlu corak kehidupan aku. Aku tidak nafikan aku perlukan kawan, bagi aku mereka tempat aku mengadu tapi bukan bermakna mereka perlu sentiasa di sisi aku kerana mereka di hati. Bukan ke ada orang cakap kita perlu menerima orang seadanya baru lah orang akan menerima kita seadanya. Perkara ini yang aku belajar, aku perlu menerima semua jenis kawan aku dan tak nak merungut lagi..hehehe..insyaallah.

Aku mahu hidup berdikari dan perlu hidup berdikari sebab apa yang berlaku pada diri aku adalah disebabkan oleh aku sendiri. Jadi aku perlu lebih kuat dan pandang ke hadapan dan ingat bukan semua orang boleh tolong kita kalau bukan diri kita yang tolong diri sendiri. Oleh itu, aku perlu menjalani kehidupan aku dengan seronok bak kata Hajah Ir. Ashah kehidupan ini akan jadi sedih lau kita yang tidak tahu menghargainya.

Oleh itu, aku akan buat apa saja yang baik untuk aku dan mempedulikan kritikan yang menjatuhkan aku dan sentiasa meminta pandangan mak dan abah seterusnya melangkah dengan yakin ke depan kerana aku tahu setiap orang telah ditentukan takdirnya. Jadi aku perlukan Allah, agar aku tidak terpesong dari jalannya dalam mengejar sebuah kebahagian. Jadi senyum lah anda kerana senyum itu pengubat segala kepahitan. ^_^ <3

1 comments:

mR. sMiLe said...

hiii

Post a Comment